Tuesday, December 25, 2007

Petua 6: Payudara

Menegangkan Payudara

Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu.

1) Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

2) Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

3) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

4) Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Mencantikkan Payudara

Petua I

Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.

Petua II

Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan disekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

Memerahkan Puting Yang Lebam

Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Memulih Puting Dari Retak-Retak

Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.

Monday, December 24, 2007

Petua 5: Penghadaman

Meningkatkan Penghadaman

1. Makan dalam keadaan tenang.

2. Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.

3. Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.

4. Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.

5. Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika adalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.

6. Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.

7. Kurangkan makanan yang lambat hazam seperti lemak, protein dan karbohidrat.

Sunday, December 23, 2007

Petua 4: Suara

Melunakkan Suara

Petua I

Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

Petua II

Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

Saturday, December 22, 2007

Petua 3: Kulit

Melembut Dan Melicinkan Kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali.

Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Friday, December 21, 2007

Petua 2: Mengharumkan badan

Mengharumkan Badan

Petua I

Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian.

Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.

Petua II

Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi.

InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

Older Posts